BAB 10 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN (SIRI 2) (SAINS TINGKATAN 4)
- Cikgu Dess2020
- 01:04:29
Kimia dalam bidang perubatan diperlukan untuk penemuan dan analisis perubatan, meningkatkan keselamatan ubat dan meminimumkan ketoksikan. Semua ubat-ubatan adalah bahan kimia dan diperlukan untuk kegunaan penjagaan kesihatan dan untuk meningkatkan kesihatan manusia. Perubatan tradisional ialah kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi untuk merawat penyakit.Perubatan tradisional ini diwarisi dan diamalkan secara turun temurun. Perubatan moden ialah rawatan yang menggunakan teknologi moden dan bahan kimia sintetik untuk merawat penyakit seperti penggunaan antibiotik dan radioterapi. Perubatan komplementari ialah rawatan yang merangkumi fizikal, mental dan emosi dan
menggunakan pelbagai kaedah yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya yang diamalkan sejak zaman purba seperti homeopati, akupunktur dan urutan tradisional.
#BAB10 #KIMIADALAMPERUBATANDANKESIHATAN #SAINS #TINGKATAN4 #PDPR #AYU
Thumbnail: BAB 10 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN (SIRI 2) (SAINS TINGKATAN 4)