Kacang Pool | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Kacang Pool di: http://www.icookasia.com

Bahan-bahan

300 gram daging lembu cincang
1 tin kacang pool
1 tin kecil kacang panggang
1 tin kacang merah
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
sedikit Minyak untuk menumis
Sedikit air

Bahan Lain yang diperlukan:

Roti secukupnya
Bawang besar, didadu kecil bersama tomato secukupnya
1 batang Cili hijau dan cili merah dihiris
2 biji Limau kasturi, dibelah 2
1 sudu besar minyak sapi dipanaskan hingga cair
1 biji telur mata

Cara membuat

1. Mula-mula ramas kacang pool tetapi tidak perlu sehingga lumat, hanya pecah-pecahkan sahaja.

2. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau rata sehingga menjadi pes. Ketepikan dahulu

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus

4. Panaskan minyak bersama minyak sapi di dalam kuali, setelah minyak sapi cair masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan pes kacang pol dan masak sehingga naik minyak menggunakan api kecil sambil dikacau selalu.

5. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga daging masak lebih kurang 7 - 8 minit. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.

6. Setelah itu, masukkan kacang panggang, kacang merah, lada hitam, garam dan gula. masak dengan api sederhana selama 10 - 15 minit sambil dikacau selalu.

7. Untuk menghidang, masukkan kacang pol ke dalam mangkuk, curahkan sedikit minyak sapi, letakkan sebiji telur mata, taburkan tomato, bawang dan cili yang telah dipotong. Akhir sekali letakkan limau kasturi.

8. Kacang pol enak dihidang bersama roti bakar. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kacang Pool | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: