Tahap I (2022) | Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1): Colours [R]
- ntv7malaysia
- 00:28:38
Tajuk: Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1): Colours [R]
Guru: Jezrina Binti Jaafar Sidek
Episod ini dimulakan dengan sketsa pendek yang memberi gambaran asas kemahiran bahasa yang difokuskan untuk mengenalpasti maklumat terutamanya maklumat spesifik (kosakata). Murid meneroka 6 warna melalui aktiviti sebutan berirama dan mendengar lagu nyanyian guru. Murid menyediakan barang kepunyaan sendiri (barang mainan, alat tulis, pakaian dan sebagainya) sebagai bahan tambahan di dalam aktiviti ini. Murid mengaplikasikan kosa kata yang dipelajari dengan meneka warna barang di dalam aktiviti kotak misteri. Murid menulis warna tersebut dengan ejaan yang betul untuk menghasilkan “My Colour Diary”. Murid melengkapkan tugasan “My Colour Diary” seperti cadangan guru atau kreativiti sendiri di rumah sebagai projek kendiri. Aktiviti-aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran ini akan dilaksanakan dalam bentuk didik hibur dengan permainan yang menarik.
#DidikTV #TahapI
Thumbnail: Tahap I (2022) | Literasi Bahasa Inggeris (Tahun 1): Colours [R]