Resipi Biskut Arab Rainbow | Rainbow Arab Cookies Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:13
Nak idea yang simple untuk buat kuih Raya? Buat Biskut Arab Rainbow ni jom!
RESIPI PENUH: http://bit.ly/biskutarabrainbow
Bahan-bahan:
- 8 sudu besar minyak sapi
- 50g gula icing (ditapis)
- 200g tepung gandum (ditapis)
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 20g badam kisar
- 1/2 sudu kecil garam
- Pewarna
Cara-cara:
1. Gaul minyak sapi dengan gula icing hingga sebati.
2. Di dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum bersama baking soda.
3. Masukkan ke dalam adunan minyak sapi.
4. Masukkan badam kisar dan garam. Gaul.
5. Menggunakan tangan, uli sehingga menjadi doh.
6. Cubit sedikit doh-doh warna berlainan dan bentukkan menjadi bulat.
7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.
8. Biskut Arab Rainbow sudah siap!
--
Muzik: Scott Joplin - The Entertainer
Kru: Ihsan Ihsani, Sarah Mokhtar
Thumbnail: Resipi Biskut Arab Rainbow | Rainbow Arab Cookies Recipe | Seismik Makan