Resepi Sotong Masak Kicap | Stir-Fried Squid With Soy Sauce | Seismik Makan

Lauk Sotong Masak kicap ini pasti dapat menggamit selera sesiapa saja dengan rasanya yang masam-masam manis dan teksturnya yang lembut. Sangat mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur, sesiapa pun boleh cuba hasilkan. Campak-campak dalam kuali, dah siap. Simple sangat!

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta
-----

RESEPI PENUH

Bahan-bahan:

500 gram sotong (dihiris)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar minyak masak
1 bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam

Cara:

1. Dalam mangkuk, campurkan sotong bersama kunyit. Gaul sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sotong yang telah diperap.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, kicap masin, air asam jawa, garam, gula dan lada hitam. Renehkan seketika.
4. Lauk Sotong Masak Kicap sudahpun siap untuk dinikmati! Hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang untuk sedikit kesegaran!

-----

Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Sotong Masak Kicap | Stir-Fried Squid With Soy Sauce | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: