Resepi Roti Lasagna | Bread Lasagna Recipe

Hanya 9 bahan saja diperlukan untuk membuat hidangan ini, memang khas untuk anda yang hendak menu makan malam yang berbajet. Dengan hanya menggunakan microwave, sesiapa pun boleh membuat hidangan ini! Jimat masa dan jimat wang anda dengan membuatkan hidangan lasagna roti sedap dan simple ini!

Bahan-bahan:
- 4 keping roti putih
- 6 sosej daging goreng
- 5 kepingan keju
- 1/4 cawan puri tomato
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/2 bawang merah (dicincang)
- 1/2 biji lada benggala hijau (dipotong kiub kecil)
- Mixed herbs
- Garam
- Lada hitam

Cara-cara:
1. Menggunakan mug, tekan roti dan buangkan kerak roti.
2. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, garam dan lada hitam. Ketepikan.
3. Salut roti dengan adunan telur.
4. Sapukan minyak di dalam mug, kemudian masukkan roti, puri tomato, cheese slice, bawang, lada benggala, mixed herbs, garam dan lada hitam.
5. Microwave selama 3 minit atau hingga masak.
6. Letakkan parsley sebagai topping dan Roti Lasagna sudah siap!

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Muzik: marmoset.music.com
Kru: Ihsan Ihsani, Shin Ling Eyu, Jay Zee Lok, Sarah Mokhtar

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Roti Lasagna | Bread Lasagna Recipe

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: