Sains Tahun 4 Gerak Balas Terhadap Rangsangan
- Akhyar Arzmi
- 00:13:52
link soalan uji minda : https://forms.gle/fXTnDJ3szun5rcNw8
Gerak balas terhadap rangsangan Tahun 4
Manusia bergerak balas terhadap perubahan keadaan persekitaran.
Keadaan persekitaran boleh berubah. Perubahan ini dikenali sebagai
rangsangan. Tindakan yang dilakukan terhadap rangsangan pula
dikenali sebagai gerak balas. Organ deria manusia menerima
rangsangan seperti cahaya, bau, bunyi, rasa dan sentuhan.
Kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan adalah untuk:
(a) mengelakkan kecederaan.
(b) menyelamatkan diri.
(c) mendapatkan maklumat dan berkomunikasi.
Kepentingan Gerak Balas
Manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan.
Tabiat yang Mengganggu Gerak Balas Manusia
Tabiat meminum arak, menghidu gam dan menyalahgunakan dadah
boleh memberikan kesan buruk kepada manusia. Tabiat tersebut boleh
mengganggu gerak balas manusia terhadap rangsangan yang diterima.
Gam ialah sejenis bahan kimia yang boleh
menyebabkan seseorang yang menghidunya
akan berkhayal dan ketagih. Bahan kimia yang
terkandung dalam gam boleh menjejaskan
fungsi organ deria dan otak seseorang penghidu
gam. Oleh sebab itu, gerak balas akan menjadi
lambat ketika menerima rangsangan.
Dadah ialah bahan yang digunakan sebagai
ubat. Walau bagaimanapun, terdapat
juga dadah yang disalahgunakan seperti
ubat batuk atau pil ekstasi yang boleh
menyebabkan seseorang akan berkhayal atau
tidak sedarkan diri dan ketagih. Oleh sebab
itu, gerak balas seseorang penagih dadah
akan terganggu apabila menerima sesuatu
rangsangan kerana organ derianya tidak
dapat berfungsi dengan baik.
#sainstahun4 # sains #gerakbalasterhadaprangsangan
#AkhyarArzmi #cikgooTube
Thumbnail: Sains Tahun 4 Gerak Balas Terhadap Rangsangan