Prasekolah (2022) | Bahasa Melayu: Terbang Di Angkasa [R]
- ntv7malaysia
- 00:26:40
Tajuk: Bahasa Melayu: Terbang Di Angkasa [R]
Guru: Alfian Bin Mansor
Episod ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid berkaitan kemahiran membaca (BM 2.0). Episod ini dibahagikan kepada dua slot, iaitu teras dan bertema. Slot bertema akan menerangkan tentang kemahiran membaca perkataan dengan suku kata terbuka (KV+KV+KV) seperti perahu, petola, pelita, dll. Manakala slot kedua pula berkisar tentang pembelajaran bertema, iaitu Kenderaan Udara. Murid akan mendengar, mengecam dan menyebut perkataan. Dalam slot ini, murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis kenderaan di udara seperti kapal terbang, roket, helikopter, belon udara panas dan sebagainya.
#didiktv #PraSekolah
Thumbnail: Prasekolah (2022) | Bahasa Melayu: Terbang Di Angkasa [R]