Samosa | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Samosa di: http://www.icookasia.com/samosa/

Bahan-bahan (4 orang)

½ biji Ubi kentang
150gm Daging cincang
1 biji Bawang besar - dimayang
3 sudu besar Kacang hijau
2 sudu kecil Garam masala
2 sudu kecil Serbuk ketumbar
1/2sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu besar Halia - dicincang halus
4 sudu besar Daun ketumbar – dipotong
2 sudu besar Minyak untuk menggoreng daging
Sedikit garam
Kulit popia
Minyak untuk menggoreng
1 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan sedikit air

Cara-cara

1. Mula-mula, kentang dipotong dadu dan direbus.

2. Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan daging dan biarkan daging masak. Kemudian taburkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam masala dan kacang hijau. Gaul sehingga rata.

3. Selepas itu, masukkan kentang yang telah direbus dan daun ketumbar. Tambahkan sedikit garam jika perlu.

4. Ambil satu keping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian. Lipat-lipatkan menjadi segitiga. Masukkan inti dan lekatkan hujungnya dengan air tepung jagung. Gunakan 2 lapis untuk mengelakkan samosa pecah.

5. Akhir sekali Goreng dengan minyak dalam api sederhana panas.Inti samosa ini juga boleh digunakan sebagai inti karipap. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Samosa | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: