Kenali unsur seni RUPA | Corak Terancang Mudah | element of art

#cikgubanner #cikgootube #unsurseni

Rupa merupakan salah satu unsur seni yang terkandung dalam bahasa seni visual. Olahan rupa dapat menghasilkan imej visual, corak, lambang dan simbol.

Mari kita mempelajari seni rupa, diharapkan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap unsur seni dalam penghasilan sesuatu karya.

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa.

Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.
Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan

Video thumbnail

Thumbnail: Kenali unsur seni RUPA | Corak Terancang Mudah | element of art

Cg Syukri Hassan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: