SAINS TAHUN 6 : KEPUPUSAN HAIWAN

Klik Link Soalan Uji Minda : https://forms.gle/CqN8dUstjyrYSJXf8

TEMA : SAINS HAYAT
Tajuk : 5.0 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan

5.1 Ancaman Kepupusan
Haiwan dan Tumbuhan

5.1.1 Menjelas dengan contoh haiwan yang pupus.
5.1.2 Menjelas dengan contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan.

Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan
di bumi ini. Kita hanya mengetahui kewujudannya melalui penemuan fosil,
sejarah dan penyelidikan.


sains

T-Rex menyerupai cicak raksasa
yang hidup di zaman dinosaur.
Selain T-Rex, hampir semua haiwan
zaman dinosaur telah pupus.

Hipotesis kepupusan dinosaur daripada muka bumi
ini yang paling rasional ialah pelanggaran komet atau
tahi bintang yang menghentam bumi. Hentaman yang
dahsyat menyebabkan dinosaur tidak dapat meneruskan
kehidupannya.

Burung dodo ialah burung jinak dari kepulauan
Mauritius. Burung ini tidak boleh terbang. Haiwan ini
pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di situ.
Manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing.

Haiwan-haiwan yang berasal dari Asia ini juga telah pupus

harimau dahan
Taiwan
ikan lumba-lumba
sungai China
singa laut Jepun
harimau Jawa

Quagga mempunyai badan yang
sebahagiannya menyerupai kuda
dan sebahagian lagi menyerupai
kuda belang. Haiwan ini diburu oleh
manusia untuk mendapatkan kulit
dan dagingnya.

Mamot yang menyerupai
seekor gajah hidup pada
zaman ais.

Harimau bertaring
lengkung mempunyai
taring sepanjang 30 cm.

#akhyararzmi #pemeliharaandanpemuliharaan #sainstahun6 #sains #pdpronline #kepupusanhaiwan

Video thumbnail

Thumbnail: SAINS TAHUN 6 : KEPUPUSAN HAIWAN

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: