Resepi Brownies Coklat | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:12
Dapatkan resipi penuh Brownies Coklat di: http://www.icookasia.com/brownies-coklat/
Bahan-bahan:
1) Coklat masakan hitam (12 oz)
2) Mentega (8 oz)
3) Tepung (1/2 cawan)
4) Telur (4 biji)
5) Gula (1/2 cawan )
6) Kacang walnut (1 cawan)
7) Serbuk penaik (1 sudu besar)
8) Esen vanilla (1 sudu kecil)
9) Garam (1/2 sudu kecil)
Cara membuat
1. Cairkan coklat hitam menggunakan teknik double boiler- Gunakan 2 periuk yang mana salah satunya berdiameter lebih besar dan diletakkan air panas. Bekas yang lebih kecil berada di dalam bekas tersebut. Gunakan api yang sederhana.
2. Masukkan mentega dan coklat.
3. Kacau perlahan-lahan hingga mentega dan coklat cair. (Mentega digunakan untuk mendapatkan coklat yang cantik berkilat.)
4. Elakkan memanaskan coklat terlalu lama kerana ia akan merosakkan coklat menjadi berketul-ketul.
5. Sebaik sahaja coklat cair, terus angkat dan sambung mengacau di luar periuk.
6. Untuk adunan brownies, campurkan tepung bersama serbuk penaik serta garam.
7. Adunkan coklat cair tadi bersama gula sehingga gula hancur.
8. Masukkan telur dan esen vanilla. Teruskan mengadun hingga telur sedikit sebati bersama coklat.
9. Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit hingga semuanya habis.
10. Masukkan kacang walnut dan adun rata hingga sebati.
11. Sediakan loyang yang disapusedikit minyak dan tepung supaya brownies tidak melekat pada loyang.
12. Curahkan adunan ke dalam loyang.
13. Bakar dengan suhu 220 darjah celcius menggunakan api bawah selama 40 minit.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Brownies Coklat | Try Masak | iCookAsia