Tahap I (2022) - Klip | Bahasa Melayu (Tahun 2): Amalan Baik Di Sekolah- Jom Baca, Saya Guru Muda

Tajuk: Bahasa Melayu (Tahun 2): Amalan Baik Di Sekolah- Jom Baca, Saya Guru Muda
Guru: Abdul Rani Abdul Rahman
PdP kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada murid untuk membaca bahan rangsangan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan tajuk Amalan Baik di Sekolah Murid juga akan menyatakan amalan baik berdasarkan bahan rangsangan yang ditayangkan sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran secara lisan. . Kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran membaca berdasarkan S.P 2.3.2 -Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;(iv) petikan bukan sastera.Murid akan membaca petikan karya bukan sastera melalui aktiviti didik hibur..Episod ini berkonsepkan pembelajaran interaktif dengan murid berdasarkan bahan sumber yang disediakan oleh guru yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Pembelajaran ini melibatkan aktiviti secara individu dan aktiviti berpasangan.Murid akan berinteraksi dengan bahan dan pasangan untuk membaca teks atau bahan rangsangan yang disediakan.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) - Klip | Bahasa Melayu (Tahun 2): Amalan Baik Di Sekolah- Jom Baca, Saya Guru Muda

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: