Ayam Penyet | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Ayam Penyet di: http://www.icookasia.com/ayam-penyet/

Bahan yang diperlukan untuk memasak nasi

1. 2 cwn beras
2. 2 ½ cawan air rebusan ayam
3. 1 inci halia
4. 2 ulas bawang putih
5. Garam dan gula secukupnya

Bahan untuk menyediakan ayam

1. 1/2 ekor ayam dipotong dua
2. 2 inci halia dimayang kasar
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 ketul kiub ayam
5. 2 liter air
6. 1 sudu besar serbuk jintan putih
7. 1 sudu besar serbuk jintan manis
8. 1 sudu besar serbuk ketumbar
9. 1 sudu besar kunyit
10. 1 sudu besar lada putih
11. 1 sudu besar garam
12. minyak untuk menggoreng ayam

Bahan lain yang diperlukan

1. 1 keping tauhu (dibelah 4 )
2. 1/2 keping tempe (dibelah 2 )

Bahan untuk membuat sambal

1. 1 biji tomato
2. 1 ulas bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 5 tangkai cili padi
5. 2 tangkai cili merah
6. 1/2 inci belacan
7. 2 biji limau kasturi
8. gula dan garam secukupnya
9. minyak untuk menumis

Ulam-ulaman

1. segenggam sayur kangkung
2. kubis secukupnya

Bahan hiasan

1.daun sup
2. daun bawang
3. bawang goreng

Cara membuat

1. Untuk menyediakan ayam penyet, rebus ayam terlebih dahulu bersama, halia, kiub ayam dan bawang putih hingga setengah masak.

2. Kemudian keluarkan dan campurkan bersama jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, lada putih, kunyit dan garam. Gaul rata dan perap seketika.

3. Sementara ayam diperap masak nasi menggunakan air lebihan rebusan ayam tadi bersama halia, bawang putih, garam dan gula. Tanak sehingga nasi masak.

4. Sementara menunggu nasi masak, goreng tauhu dan tempe sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.

5. Gunakan minyak yang sama utk menggoreng ayam sehingga garing, angkat dan penyekkan ayam menggunakan belakang parang.

6. Selepas itu didihkan air dan celur sayur kangkung seketika. angkat dan toskan.

7. Untuk membuat sambal, panaskan sedikit minyak, masukkan tomato, bawang putih, bawang besar, cili padi, cili merah, dan belacan. Goreng kesemua bahan sehingga naik bau dan sedikit layu.

8. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan garam, gula dan perahan limau kasturi. Kisar sedikit kasar.

9. Hidangkan nasi bersama ayam, kangkung, kubis, sambal, tauhu dan tempe bersama sup. Boleh juga taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Ayam Penyet | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: