Menengah Atas (2022) | Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Impak Internet Benda dalam Industri [R]

Tajuk : Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Impak Internet Benda dalam Industri [R]
Guru : Masita Leman
Episod ini akan membincangkan pendigitalan industri yang memberikan impak yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Pengaplikasian Internet Benda dalam bidang perindustrian menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor ini. Murid akan didedahkan dengan penerangan tentang Internet Benda melalui contoh-contoh yang sesuai. Murid juga akan menyenaraikan impak Internet Benda dalam industri melalui pembacaan daripada petikan yang terdapat dalam buku teks. Kemudian, murid akan diminta mengolah dan menghubung kaitkan maklumat yang diperoleh bagi menghasilkan bahan grafik yang kreatif dan informatif. Seterusnya, murid akan menghasilkan penulisan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai bagi mengolah isi-isi penting dalam aspek penulisan karangan.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Bahasa Melayu (Tingkatan 5): Impak Internet Benda dalam Industri [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: