Menengah Rendah (2022) | Pendidikan Jasmani (Tingkatan 1): Lari Pecut Dan Lari Berganti-Ganti

Tajuk: Pendidikan Jasmani (Tingkatan 1): Lari Pecut Dan Lari Berganti-Ganti
Guru: Mohamad Nadri Mahmood
Episod ini berkonsepkan penerangan guru kepada murid melalui penerangan dan demonstrasi guru. Permulaan episod dalam Segmen 1, guru akan menerangkan tentang tajuk, hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid. Guru juga menerangkan acara yang terdapat di dalam sukan olahraga.Terdapat juga trivia dan soalan dalam segmen ini.
Pada Segmen 2 guru akan menerangkan Prinsip Mekanik di dalam kemahiran lari pecut. Penerangan akan mengikut urutan berdasarkan tiga fasa dalam kemahiran lari pecut. Tiga fasa tersebut ialah Kedudukan Ke Garisan, Kedudukan Sedia dan Berlepas dari Blok Permulaan. Kedudukan pusat graviti semasa kedudukan ke garisan dan sedia diberi penekanan. Terdapat trivia dalam segmen ini. Seterusnya dalam Segmen 3, guru akan menerangkan Prinsip Mekanik di dalam kemahiran lari berganti ganti. Penerangan akan mengikut urutan berdasarkan dua gaya pertukaran baton iaitu pertukaran baton gaya tanpa visual dan pertukaran baton gaya visual. Strategi memilih turutan pelari dalam acara lari berganti-ganti diberi penekanan. Terdapat trivia dalam segmen ini. Dalam Segmen 4 iaitu segmen terakhir, Sesi soal jawab untuk pengukuhan murid. Akhir sekali guru akan membuat kesimpulan pembelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

#DidikTV #MenengahRendah

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Rendah (2022) | Pendidikan Jasmani (Tingkatan 1): Lari Pecut Dan Lari Berganti-Ganti

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: