Resepi Daging Teriyaki Stir-Fry | Stir-Fry Beef Teriyaki Recipe | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:39
Resepi Daging Teriyaki ini khas untuk korang yang sentiasa singkat masa untuk masak untuk keluarga. 20 minit je dah boleh siap!
Resepi Daging Teriyaki ini bukan sahaja senang untuk dibuat, malah sangat bernutrisi dengan penggunaan bahan-bahan segar sahaja dan juga sayur-sayuran seperti brokoli dan lada benggala.
Dengan rasanya yang masin manis yang pasti dapat menggamit selera sesiapa sahaja, hidangan ini memang ngam untuk dinikmati bersama sepinggan nasi putih panas and telur mata meleleh. Padu betul!
----
Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta
-----
RESEPI PENUH DAGING TERIYAKI STIR-FRY
Bahan-Bahan:
1/2 cawan air
1/4 cawan kicap cair
1/4 cawan gula perang
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar madu
1/4 cawan air tepung jagung
2 sudu besar minyak
500 gram daging lembu
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
1 cawan brokoli
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala kuning
2 sudu kecil biji bijan
Cara:
1. Dalam periuk kecil, masukkan 1/2 cawan air, 1/4 cawan kicap cair, 1/4 cawan gula perang, 1 inci halia, 4 ulas bawang putih dan 2 sudu besar madu. Renehkan dengan api kecil untuk seketika.
2. Masukkan 1/4 cawan air tepung jagung dan renehkan sehingga sos menjadi pekat. Ketepikan.
3. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan 2 sudu besar minyak dan gorengkan 500 gram daging sehingga warna bertukar menjadi keperangan.
4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Masukkan 1 cawan brokoli, 1/2 cawan lada benggala merah dan 1/2 cawan lada benggala kuning.
6. Masukkan sos teriyaki & 2 sudu kecil biji bijan. Masakkan untuk seketika.
7. Daging Teriyaki Stir-Fry sudahpun siap untuk dihidang!
-----
Kredit
Muzik:
marmosetmusic.com
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Daging Teriyaki Stir-Fry | Stir-Fry Beef Teriyaki Recipe | Seismik Makan