Prasekolah (2022) | Matematik Awal (Prasekolah): Seronoknya Belajar Tambah [R]
- ntv7malaysia
- 00:27:04
Tajuk: Matematik Awal: Seronoknya Belajar Tambah [R]
Guru: Siti Aisyah Abdullah
Episod ini memaparkan beberapa aktiviti penambahan lingkungan 18. Pada permulaan, guru menerangkan tentang maksud penambahan dalam lingkungan fakta asas dan maksud penyelesaian operasi tambah. Pada segmen dua, guru dan host membuat aktiviti menyelesaikan puzzle gambar gajah. Untuk menyiapkan puzzle tersebut, host perlu menjawab soalan operasi tambah menggunakan kad-kad yang mengandungi ayat matematik (contoh 3 + 2 = ). Guru membimbing host untuk mendapatkan jawapan yang betul menggunakan pembilang jari. Pada segmen tiga, guru menunjukkan papan eksplorasi yang mempunyai gambar hutan dan haiwan-haiwan liar. Terdapat soalan masalah operasi tambah di setiap stesen. Guru dan host melengkapkan eksplorasi haiwan liar menggunakan watak singa sehingga tamat dengan menjawab semua soalan tersebut.
#DidikTV #PraSekolah
Thumbnail: Prasekolah (2022) | Matematik Awal (Prasekolah): Seronoknya Belajar Tambah [R]