Menengah Rendah (2022) - Klip | Bahasa Melayu (Ting 1): Wadah Ilmu - Selami Ilmu

Tajuk: Bahasa Melayu (Ting 1): Wadah Ilmu - Selami Ilmu
Guru: Irma Hanum Jubri
Episod ini akan membincangkan kebolehan murid membaca bahan fiksyen iaitu cerpen Anak Kampung Sira Menuju Cita-cita dan bukan fiksyen iaitu rencana Pembelajaran Abad ke-21 menggunakan teknik KWLH. Melalui teknik ini murid mengikut kumpulan akan melengkapkan lajur K dan W terlebih dahulu. Kemudian, murid membuat aktiviti bacaan secara mekanis dan menyatakan maklumat yang telah dipelajari (L) secara lisan. Aktiviti seterusnya, murid akan mencari maksud kosa kata dan ungkapan yang terdapat petikan teks menggunakan pelbagai sumber seperti Kamus Dewan, kamus elektronik atau laman sesawang PRPM. Pada akhir rancangan, murid akan membina ayat menggunakan satu daripada ungkapan atau kosa kata daripada petikan tersebut. Seterusnya murid akan melengkapkan lajur H dan guru merumuskan isi pelajaran.

#DidikTV #MenengahRendah

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Rendah (2022) - Klip | Bahasa Melayu (Ting 1): Wadah Ilmu - Selami Ilmu

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: