Jom Belajar Buat Origami JET PEJUANG - creative art
- Cg Syukri Hassan
- 00:05:51
#cikgubanner #cikgootube #senivisual
Origami atau seni lipatan kertas merupakan aktiviti yang sesuai dilakukan di rumah atau dlm sesi pdpc di sekolah.
Origami (Jawi: اوريڬامي ) merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain mahupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina terkasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang dibuat daripada hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dapat dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina ialah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad keenam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu, Origami menjadi terkenal dalam kalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi
Thumbnail: Jom Belajar Buat Origami JET PEJUANG - creative art