CARA LOG IN GOOGLE CLASSROOM khas untuk murid
- LinnZack
- 00:06:53
CARA LOG IN GOOGLE CLASSROOM
khas untuk murid
Di sini saya kongsikan ulangkaji bagi guru untuk log masuk ke Google Classroom.
Moga bermanfaat
link video : https://youtu.be/BBlEKsZnS3c
#akademiyoutuber #edidikmalaysia #kelabgurumalaysia #kitabantukita
@Akademi Youtuber
Dengan rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain dariapada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21. Apakah manfaat Google Classroom?
1. Mudah buat kelas
Wujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai tetapan gambar, nama dan pelbagai lagi.
2. Mudah menyimpan senarai murid
Mungkin ada tak ingat nama-nama murid, nak lihat profail murid. Google classroom ada menyimpan rekod ini.
3. Mudah buat tugasan
Ada tugasan atau latihan nak diberikan? Cipta tugasan dan berikan kepada murid. Dengan tugasan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara indvidu.
4. Mudah buat penilaian
Guru boleh memberikan markah dengan mudah untuk setiap tuagsan murid.
5. Mudah buat pentaksiran
Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun.
6. Mudah buat kolaborasi guru
Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu juga dalam pindah milik kelas.
7. Mudah disemak pentadbir
Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di sekolah.
8. Mudah memberi perhatian khusus
Setiap murid adalah unik. Dengan Google Classroom, guru boleh menghantar mesej secara peribadi kepada mana-mana murid. Hal ini sangat membantu guru dalam memberikan perhatian khusus kepada murid-murid tertentu. Setiap murid juga ada senarai semua tugasan dan rekod markah.
9. Mudah memberi maklumbalas
Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara yang mereka perlu baiki.
10. Mudah buat pengumuman
Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook.
11. Mudah menyimpan bahan
Tiada pelantar untuk mengumpul semua bahan? Ramai guru hanya simpan semua dalam Google Drive dan berikan link kepada murid. Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials.
12. Mudah menyemak kalendar
Murid boleh semak kalendar untuk melihat tarikh tamat tugasan, aktiviti dan membina sendiri perancangan mereka.
sumber rujukan : http://mudahmengajar.blogspot.com/
13. Mudah memilih murid
Guru hanya perlu pergi ke bahagian Selector, guru boleh memilih murid secara rawak bagi tujuan penilaian, pengundian dan bermacam-macam lagi.
14. Mudah membuat pembelajaran terbeza
Guru boleh memberikan tugasan berlainan untuk murid yang berlainan. Hal ini sangat membantu pembelajaran terbeza.
15. Mudah mendapatkan notifikasi
Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di telefon pintar dan juga email murid. Dengan itu murid tidak ketinggalan, Malah murid juga boleh buka Google Classroom app dan rujuk di bahagian notifikasi.
16. Mudah mengitar semula hantaran
Sebarang hantaran pengumuman atau tugasan boleh diguna semula malah untuk kelas yang berlainan.
17. Mudah membuat Pop Quiz
Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid.
18. Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular
Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengan Google Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid.
19. Mudah membuat perbincangan umum
Guru boleh bertanyakan pendapat dan mendapatkan respon murid.
20. Mudah diakses di mana-mana sahaja
Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan komputer yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID.
Thumbnail: CARA LOG IN GOOGLE CLASSROOM khas untuk murid