4 Resepi Minuman Popular & Menyegarkan | 4 Popular & Refreshing Drink Recipes | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:02:09
4 resepi minuman popular untuk menyegarkan badan bulan ramadan ini! Gunakan Spritzer Sparkling untuk menikmati fizz sihat tanpa gula dan kalori yang berlebihan. 🍹
SODA HERBS
Bahan-bahan:
- 1 batang serai
- 2 - 3 biji laici
- 3 kepingan lemon
- 1 batang daun pudina
- 2 - 3 biji asam boi
- ½ cawan ais
- Spritzer Sparkling secukupnya
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan serai, laici, lemon, pudina dan ais.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.
BLUE OCEAN
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar bunga telang
- 2 sudu besar air panas
- Spritzer Sparkling secukupnya
- 2 sudu besar cordial oren
- 1 cawan ais
- 2 sudu besar biji selasih (direndam air panas)
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan bunga telang dan air panas. Rendamkan selama 20 minit.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. Tapis.
3. Dalam cawan yang lain, masukkan cordial oren dan ais.
4. Masukkan air biru yang dibuat seketika tadi.
5. Masukkan biji selasih.
LIMAU ASAM BOI
Bahan-bahan:
- 6 biji limau kasturi (dibuang biji)
- 1 sudu besar gula
- Spritzer Sparkling secukupnya
- 2 - 3 biji asam boi
- ½ cawan ais
Cara:
1. Dalam satu blender, kisarkan limau kasturi bersama gula dan spritzer sparkling. Tapiskan.
2. Dalam satu cawan, masukkan asam boi dan ais.
3. Masukkan air limau kasturi yang dikisarkan tadi.
PUNCH BUAH - BUAHAN
Bahan-bahan:
- ½ cawan ais
- 2 keping limau nipis
- 2 sudu besar fruit cocktail
- 2 sudu besar jus fruit cocktail
- 1 sudu besar jus limau nipis
- Spritzer Sparkling Secukupnya
Cara:
1. Dalam satu cawan, masukkan ais, kepingan limau nipis, fruit cocktail, jus fruit cocktail dan jus limau nipis.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya.
_____
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer - Ihsan Ihsani
Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: 4 Resepi Minuman Popular & Menyegarkan | 4 Popular & Refreshing Drink Recipes | SAYS Seismik Makan