Dapur Rasa Live Bersama Che Ila: Ayam Masak Likku Dapur Rasa Live Bersama Che Ila (Ayam Masak Likku)
- Majalah Rasa
- 00:36:54
AYAM MASAK LENGKUAS @ Ayam masak likku
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) - potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda – seeloknya diparut
7 batang serai - ambil isinya yang putih - seeloknya diparut
1 liter santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 sudu makan lada putih
cili padi jika suka
garam secukup rasa
Bahan tumbuk / kisar:
1 ketul kunyit hidup
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1. Masukkan santan ke dalam kuali dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih
2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.
3. Kacau sekali sekala sehingga kuah memekat & ayam masak. Bila kuah mula memekat, masukkan kerisik.
4.Pada masa ini bolehlah masukkan garam atau perasa lain mengikut selera masing-masing.
Sumber Resipi : ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC Istimewa Hari Malaysia, Che Ila nak masak masakan tradisi masyarakat Bugis di Sabah iaitu Ayam Masak Lengkuas atau dalam bahasa Bugis disebut Nasu Likku'.
Thumbnail: Dapur Rasa Live Bersama Che Ila: Ayam Masak Likku Dapur Rasa Live Bersama Che Ila (Ayam Masak Likku)