Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Pencernaan [R]

Tajuk: Sains (Tahun 3): Pencernaan [R]
Guru: Suwaibah Binti Abdullah
Episod Sains Tahap I ini akan membawa murid meneroka mengenai sistem pencernaan manusia. Ia berfokuskan kepada aktiviti pembelajaran bagi memahami bagaimana makanan yang dimakan dihancurkan dalam mulut dengan peranan gigi, lidah dan air liur. Murid juga dibimbing untuk mengenal pasti bahagian badan manusia yang terlibat dalam proses pencernaan seperti mulut, esofagus, perut, usus dan dubur melalui aktiviti melabel. Seterusnya murid akan menjalankan aktiviti membuat urutan aliran makanan yang melalui beberapa bahagian badan. Penerangan secara mendalam melalui penceritaan, apa yang berlaku kepada makanan di setiap bahagian badan yang terlibat dalam pencernaan.
Kaedah main peranan, penerangan, perbincangan, soal jawab dan aktiviti hands on akan dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran ini. Di samping itu konsep didik hibur turut diterapkan.Bahan bantu mengajar yang akan digunakan seperti slaid powerpoint, video, poster dan bahan maujud dijangka akan membantu murid menguasai pengetahuan tentang topik ini. Selain itu sikap saintifik dan nilai murni akan diterapkan secara langsung atau tidak langsung.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Pencernaan [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: