Prasekolah (2022) | Bahasa Melayu (Prasekolah): "Apa Yang Saya Rasa?"

Tajuk: Bahasa Melayu (Prasekolah): "Apa Yang Saya Rasa?"
Guru:
Episod ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid berkaitan kemahiran mendengar dan bertutur yang berfokus kepada cerita yang disampaikan oleh guru. Guru menyampaikan cerita melalui penggunaan boneka tangan (puppet). Melalui aktiviti cerita boneka tangan tersebut, murid akan bersoal jawab tentang cerita tersebut seterusnya menceritakan semula cerita tersebut melalui tulisan atau simbol.

Selain itu, murid juga didedahkan dengan kemahiran koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus melalui aktiviti menghasilkan boneka kayu. Murid juga akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang melibatkan alatan seperti gunting, alat tulis dan bahan kraf.

#DidikTV #PraSekolah

Video thumbnail

Thumbnail: Prasekolah (2022) | Bahasa Melayu (Prasekolah): "Apa Yang Saya Rasa?"

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: