Resepi Char Kuey Teow Basah | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:50
Dapatkan resipi penuh Char Kuey Teow Basah di: http://www.icookasia.com/char-kuey-teow-basah/
Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm
Bahan-bahan
1. 200 gm koay teow
2. 4 ekor udang bersaiz sederhana
3. 10 ekor kerang yang telah dikopek isinya
4. 50 gm daun kucai
5. 100 gm taugeh
6. 1 biji telur ayam
Bahan untuk pes cili
1. 100gm cili kering
2. 50gm bawang putih
3. 30gm belacan
4. 1.2 Liter air
Bahan untuk pes kicap pula
1. 200 gm udang
2. 250 ml air
3. 4 ulas bawang putih
4. 6 sudu besar sos tiram
5. 3 sudu kecil kicap pekat
6. 3 sudu kecil kicap manis
7. 1 kiub pati ikan bilis yang telah dihancurkan
8. Garam secukup rasa
9. 1 sudu besar gula
10. 1 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air
Cara membuat
1. Untuk membuat pes cili, mula-mula didihkan cili kering selama 2 minit di dalam periuk, kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar bersama bawang putih dan belacan. Kisar sehingga halus. Selepas itu, renehkan selama 10 minit di atas api yang sederhana.
2. Untuk menyediakan pes kicap, mula-mula rebus udang separuh masak. Selepas itu kisar bersama air rebusan tersebut, tapis dan ambil stoknya.
3. Kemudian didihkan stok udang tersebut di atas api yang sederhana. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, bawang putih, garam, gula, air tepung jagung, kiub ikan bilis dan renehkan selama 10 minit.
4. Untuk memasak char kuey teow basah, panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang kuat, masukkan 4 ekor udang dan kacau lebih kurang 10 saat. Masukkkan sedikit pes cili, kerang, pes kicap, koay teow, taugeh, daun kucai dan kacau rata. Pecahkan sebiji telur, balik-balikkan dan angkat.
5. Koay teow sedia untuk dihidang dengan teksturnya yang basah dan telur yang agak cair. Selamat mencuba
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Char Kuey Teow Basah | Try Masak | iCookAsia