Ayam Pandan | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Ayam Pandan di: http://www.icookasia.com/ayam-pandan/

Bahan-bahan

½ ekor ayam
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
½ inci halia½ inci kunyit
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
15 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya

Cara-cara

1. Mula-mula tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan cili padi sehingga lumat di dalam lesung batu.

2. Kemudian campurkan dengan ayam dan gaul sebati. Perasakan gula dan garam secukupnya. Jika mahu, boleh juga tambahkan santan atau madu.

3. Selepas itu, buat poket menggunakan daun pandan dan masukkan ayam ke dalamnya. Balut dengan kemas seperti membungkus ketupat palas. Potong lebihan daun pandan dan cucuk menggunakan lidi supaya ayam tidak terkeluar dari daun ketika menggoreng.

4. Setelah siap dibungkus, goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dengan api yang sederhana. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Ayam pandan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Ayam Pandan | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: