Resepi Nasi Goreng USA | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:11
Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng USA di: http://www.icookasia.com/nasi-goreng-usa/
View the English version here: https://www.youtube.com/watch?v=oGxbUiodIG0
Bahan bahan
2 cwn nasi
1/2 cawan sayur campur (lobak merah, jagung, kacang pis)
2 ulas bawang putih
sedikit minyak utk menumis
1 sudu besar cili tumbuk
garam & gula secukupnya
200 gm daging batang pinang
1/ 2 inci halia
1 liter air
sedikit pewarna merah
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji telur
1/2 inci halia
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit air
minyak utk menumis
Timun
salad
Cara membuat
1. Mula-mula rebus daging bersama air, halia dan pewarna merah sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan ketepikan dahulu
2. Untuk memasak nasi, tumis bawang putih dan cili tumbuk sehingga garing. Masukkan sayur campur, nasi dan garam. Boleh juga tambahkan sedikit gula jika mahu. Kacau rata, angkat dan ketepikan.
3. Untuk memasak daging masak merah, panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan daging, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Tambahkan sedikit air sekiranya terlalu kering.Gaul rata, angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan sebiji telur. Goreng hingga masak
5. Hidangkan nasi goreng bersama daging masak merah, telur goreng, hirisan timun dan salad.
Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Nasi Goreng USA | Try Masak | iCookAsia