Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnun | Magnum Ice Cream | Seismik Makan

Ingat lagi tak Aiskrim Malaysia dari zaman kecil-kecil dahulu. Jom mengimbau kenangan lama dengan Aiskrim Malaysia Ala Magnum yang viral ini. Senang je nak sediakan, hanya memerlukan 3 langkah utama sahaja! Sesuai jika anda mahu menyediakan resepi aiskrim yang unik tetapi mudah :D

___________

Bahan-bahan
- 1/2 tin susu sejat
- 1/2 tin susu pekat
- 200 ml krim putar
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1.5 liter air
- 250 gram coklat hitam
- 250 gram coklat susu

Cara
1. Dalam periuk, campurkan 1/2 tin susu sejat, 1/2 tin susu pekat, 200 ml krim putar, 1/2 cawan gula, 1.5 liter air, 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil esen vanila.
2. Didihkan campuran susu dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
3. Menggunakan teknik 'double-boiler', cairkan 250 gram coklat hitam dan 250 gram coklat susu.
4. Apabila coklat sudah cair, tuangkan coklat ke dalam plastik aiskrim.
5. Ratakan coklat menggunakan kad.
6. Tuangkan pula campuran susu ke dalam plastik aiskrim.
7. Bekukan aiskrim selama semalaman. Aiskrim anda kini sudah siap untuk dinikmati!

Kredit

Muzik: Artlist.io
Kru: Ihsan Ihsani
Videographer & Editor: Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnun | Magnum Ice Cream | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: