Menengah Atas (2022) - Klip | Pengiklanan - Menyesuaikan Keperluan Bahan Promosi Pengiklanan

Tajuk : Reka Bentuk Grafik Digital (Tingkatan 5): Pengiklanan - Menyesuaikan Keperluan Bahan Promosi Pengiklanan
Guru : Nor Aziah Zakaria
Episod ini guru akan memberi penerangan tentang maksud dan kepentingan pengiklanan dalam mempromosikan jenis perkhidmatan kepada pengguna. Terdapat tiga jenis perkhidmatan promosi periklanan iaitu yang pertama ialah kategori perkhidmatan kempen, kedua perkhidmatan praktikal berkaitan dengan urutan dan yang ketiga perkhidmatan dalam menganjurkan sebuah pertandingan e-sport. Seterusnya guru memberikan penerangan berkaitan dengan perbezaan kaedah pengiklanan menerusi media Cetak dan juga media digital.Untuk penyesuaian keperluan bahan dalam pengiklanan akan diterangkan dalam bentuk contoh hasil karya yang dihasilkan oleh murid yang mengikut kategori promosi perkhidmatan. Dalam masa yang sama guru akan mengaitkan hasil karya dengan proses gerak kerja mengikut fasa manual dan juga gerak kerja secara digital. Akhir sekali guru akan membuat satu demonstrasi secara hands on menggunakan aplikasi Adobe Ilustrator untuk menghasilkan contoh rekaan poster dan juga tip-tip untuk menghasilkan rekaan yang menarik dengan kesan khas dalam perisian. Dalam masa yang sama guru akan memberikan beberapa tips penggunaan format yang sesuai dan juga saiz resolusi untuk cetakan bahan promosi yang berkualiti.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) - Klip | Pengiklanan - Menyesuaikan Keperluan Bahan Promosi Pengiklanan

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: