Bahasa Arab Tahun 2 | Tajuk 4 : عندي (M/S 92)
- Muallimah Ezar
- 00:05:44
Video pembelajaran bahasa arab tahun 2 tajuk 4 menghimpunkan perkataan dan ayat mudah bagi tajuk Saya menjaga alat-alat tulis (الأدوات الدراسية) .
Sebagai permulaan kita belajar menyebut perkataan alat-alat tulis dalam Bahasa Arab dengan sebutan yang betul. Terdapat pelbagai alat tulis yang biasa kita gunakan setiap hari di sekolah atau di tempat kerja seperti buku, buku tulis, pen, pensil, pensil warna, pemadam, pembaris, pengasah pensil, bekas pensil, gunting dan beg.
Kita juga mempelajari cara membuat ayat mudah dengan menggunakan perkataan alat tulis. Letakkan kata tunjuk “ini” ( (هذا / هذه ke dalam setiap perkataan tersebut dan ia menjadi satu ayat yang mudah dan lengkap.
Akhir sekali, kita akan menggunakan perkataan عندي yang bermaksud “saya ada” dalam setiap perkataan alat tulis tersebut. Contoh : عندي حقيبة - saya ada beg.
Rujukan : Buku Teks KSSR Bahasa Arab Tahun 2
Thumbnail: Bahasa Arab Tahun 2 | Tajuk 4 : عندي (M/S 92)