Tingkatan 2 | Bab 4 | Penyakit Berjangkit Terkini - Penyakit Koronavirus 2019 《COVID-19》
- CIKGU SIM
- 00:01:30
Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) juga dikenali sebagai penyakit pernafasan akut 2019-nCoV.
COVID-19 ialah satu penyakit berjangkit disebabkan oleh SARS-CoV-2 (novel koronavirus 2019), suatu virus yang berkait rapat dengan virus SARS.
Cara utama jangkitan pada manusia adalah penularan manusia ke manusia, yang biasanya terjadi melalui titisan pernafasan dari individu yang dijangkiti apabila mereka bersin & batuk.
Penyakit ini mempunyai tempoh inkubasi antara 2 dan 14 hari.
Penularan boleh dikurangkan dengan selalu mencuci tangan dengan air & sabun, mengamalkan kebersihan dengan baik, memakai topeng muka pembedahan dan mengamalkan jarak sosial 1 meter.
Penyakit ini pada mulanya mungkin menunjukkan "dirinya" dengan tanpa gejala atau beberapa gejala, mungkin menjadi deman, batuk, sakit tekak, sesak nafas, rasa sakit pada otot dan keletihan. Perkembangan selanjutnya menjadi radang paru-paru, sindrom kesusahan akut pernafasan, dan akhirnya mungkin menyebabkan kematian.
Tiada vaksin ataupun rawatan yang efektif untuk penyakit ini setakat hari ini...
#StayAtHome
#FightForCovid-19
#KitaMestiMenang
#PrayForMalaysia🇲🇾
Thumbnail: Tingkatan 2 | Bab 4 | Penyakit Berjangkit Terkini - Penyakit Koronavirus 2019 《COVID-19》