Menengah Atas (2022) | Kimia (Tingkatan 4): Analisis Kualitatif Garam
- ntv7malaysia
- 00:47:43
Tajuk : Kimia (Tingkatan 4): Analisis Kualitatif Garam
Guru : Nik Adewati Nik Arif
Episod ini menggunakan pendekatan Inkuiri 5E dan secara kontekstual yang dikaitkan dengan analisis kualtitatif garam untuk mengenal pasti kation dan anion dalam garam. Dalam slot ini, murid akan diberikan penerangan mengenai urutan dalam analisis kualitatif garam iaitu:, 1. pemerhatian terhadap warna dan keterlarutan garam, 2. tindakan haba ke atas garam, 3. ujian anion dan kation, 4. ujian pengesahan kation. Fokus episod pada hari ini adalah ujian pengesahan garam merangkumi ujian anion dan ujian kation dalam beberapa larutan akueus. Bagi ujian anion, eksperimen dijalankan untuk mengenal pasti ion yang hadir di dalam larutan akueus dan direkodkan pemerhatian. Ujian kehadiran kation pula adalah menggunakan larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia. Perbincangan pada episod ini adalah merujuk kepada pemerhatian dan inferens setelah ujian kimia ini dilaksanakan. Murid juga akan diberikan penerangan mengenai teknik mudah mengingat ujian anion dan kation menggunaan inovasi PeTaKAG (Petua Tangan Kation Anion Garam) bagi membantu murid menghubungkait pemerhatian daripada eksperimen dan carta alir yang dipelajari. Murid diberikan soalan-soalan pentaksiran bilik darjah (PBD) di setiap segmen episod bagi mengukuhkan pemahaman dalam topik ini.
#DidikTV #MenengahAtas
Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Kimia (Tingkatan 4): Analisis Kualitatif Garam