SIRAH TAHUN 6 | PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH
- rohaizah mohamed sohor
- 00:12:13
#gurupendidikanislamsk #kitabantukita #akademiyoutuber
PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Murid-murid bagaimana Islam boleh tersebar ke seluruh dunia?
Mari kita lihat apakah usaha yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat demi kelangsungan agama Islam..
STRATEGI NABI MUHAMMAD SAW BERDAKWAH DAN KESANNYA
STRATEGI PERTAMA : MENGUKUHKAN NEGARA ISLAM
1. Membentuk Masyarakat Mengikut Acuan Islam
- Menghapuskan amalan Jahiliyyah seperti penyembahan berhala dan hidup mementingkan Kabilah serta keturunan.
- Melengkapkan kaum Muslimin dengan ilmu agama.
- Menekankan amalan tidak mensyirikkan Allah, taat kepada Nabi , menngukuhkan persaudaraan islam dan menjauhi larangan seperti membunuh dan berzina.
2. Memperkasakan Ekonomi Umat Islam.
- Mengutuskan Pemungut Zakat dan Jizyah kepada Kabilah-kabilah dan Negeri-negeri yang dikuasai Islam.
JIZYAH ialah cukai yang dibayar oleh rakyat bukan beragama islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.
STRATEGI KEDUA : MENEKANKAN TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH
- Peranan menyampaikan dakwah Islam dipikul oleh setiap muslim samaada lelaki atau perempuan
- Saling berganding bahu mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh.
STRATEGI KETIGA : MENJALINKAN HUBUNGAN LUAR
1. Menghantar Utusan dan Gabenor.
- Para Utusan Nabi dihantar kepada Kabilah-kabilah Arab dan ditugaskan berdakwah serta menyeru mereka agar memeluk Islam.
- Para Gabenor dilantik untuk dihantar ke negeri-negeri yang dikuasai Islam dan ditugaskan untuk berdakwah serta mengajar tentang ajaran Islam.
2. Menerima Kedatangan Delegasi-delegasi Kabilah Arab.
- Baginda menerima kunjungan mereka yang berhasrat untuk memeluk Islam.
KESAN DARIPADA DAKWAH RASULULLAH SAW
1. Terbentuk masyarakat Islam yang teguh aqidahnya , hidup bersatu padu , aman dan damai.
2. Negara Islam semakin kukuh kerana setiap muslim sanggup berkorban tenaga dan harta demi mempertahankan kesucian Islam dan negara.
3. Ramai yang memeluk Islam kerana setiap orang berperanan menyebarkan Islam dan pengaruh Islam semakin meluas di Semenanjung Arab.
CABARAN BERDAKWAH
Banyak Cabaran yang Dihadapi Oleh Nabi saw dan Para Sahabat Ketika Berdakwah. Antaranya ialah :
1. Menghadapi Penentangan Bersenjata daripada Musuh Islam.
- Penentangan berlaku akibat kemarahan dan rasa tidak puas hati melihat kejayaan Islam membuka Kota Mekah. Mereka juga merasa terancam dan mahu menyekat Pengaruh Islam. Maka tercetuslah beberapa peperangan seperti Perang Hunain dan Perang Tabuk.
PERANG HUNAIN
Berlaku di Hunain pada tahun ke lapan Hijrah. Peperangan ini tercetus apabila Kabilah Hawazin dan Bani Thaqif tidak berpuas hati dengan kemenangan Islam dan berasa terancam. Bilangan kaum Muslimin seramai 12,000 orang. Tentera musuh pula membawa anak , isteri dan harta benda bersama-sama dengan mereka. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan pada pihak muslimin. Selepas peperangan ini, ramai daripada mereka memeluk Islam termasuklah Malik bin Auf yang mengetuai peperangan ini.
PERANG TABUK.
Berlaku di Tabuk pada tahun ke sembilan hijrah. Peperangan ini tercetus apabila Kerajaan Rom berasa terancam dan mahu menyekat pengaruh Islam yang semakin meluas. Bilangan Kaum Muslimin seramai 30,000 orang manakala bilangan musuh adalah seramai 40,000 orang. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan di pihak Muslimintanpa berlakunya pertempuran setelah Allah mencampakkan rasa gerun dan takut di hati musuh.
2. MENGHADAPI GOLONGAN MUNAFIK
Golongan Munafik ialah mereka yang berpura-pura Islam dan tinggal bersama-sama dengan kaum muslimin. Golongan ini selalu mencari jalan untuk melemahkan kekuatan umat Islam. Antaranya ialah :
- Sentiasa memberikan alasan dan menolak apabila diminta berganding bahu mempertahankan agama dan negara.
- Menjalinkan hubungan dengan Raja Rom untuk bersama-sama melemahkan umat Islam.
- Membina Masjid Dhirar dengan tujuan menyaingi Masjid Quba' dan memecahbelahkan kaum muslimin.
IKTIBAR DARIPADA PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAM.
1. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab berdakwah menyebarkan kebenaran Islam kepada semua. Tugas berdakwah ini mestilah disertai dengan ilmu , perancangan dan cara yang hikmah.
2. Kita hendaklah memelihar kesatuan dan kesepaduan umat Islam dan rakyat Malaysia kerana dengannya negara akan stabil dari sudut politik , sosial dan ekonomi.
3. Musuh Islam sentiasa mencari kelemahan orang Islam. Oleh itu , kita mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana dengan Ilmu kita daoat menangkis dakyah-dakyah daripada musuh Islam.
RUMUSAN
Dengan pertolongan Allah dan pengorbanan nabi saw serta para sahabat , kini Islam telah berkembang keseluruh dunia.
NILAI
Berusaha menyampaikan kebenaran Islam.
Berdakwah dengan cara paling hikmah dan berkesan apabila terbaca kenyataan menghina Islam di media sosial.
Semoga memberi manfaat buat semua..
sila jawab soalan dengan klik link di bawah:
https://forms.gle/AHTaCnnnKuMs6jgD9
terima kasih atas sokongan semua , semoga Allah memberkati dan memudahkan urusan kita semua. aamiin
Thumbnail: SIRAH TAHUN 6 | PERKEMBANGAN ISLAM SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MEKAH