QUIZIZZ ONLINE DALAM GOOGLE MEET

Quizizz merupakan alat pembelajaran kendiri yang membolehkan setiap pelajar meraikan pencapaian dan keupayaan masing-masing.Quizziz diasaskan oleh Ankit Gupta dan Deepak Joy Cheenath pada 2015. Sehingga kini Quizizz dimainkan lebih 10 juta pelajar di lebih 100 negara.
Ianya mudah dicipta, menyeronokkan serta mempunyai pelbagai pilihan tetapan sesuai untuk pelbagai tujuan.Walaubagaimanapun sekiranya permainan ini dimainkan secara langsung, hanya pemilik boleh menamatkan masa permainannya. Pelajar yang selesai menjawab awal perlu menunggu rakan-rakan untuk menyelesaikannya atau sehingga permainan ditamatkan.
Terdapat lima jenis soalan boleh ditanya iaitu Multiple Choice Questions, Checkbox, Fill-in-the-Blank, Poll dan Open Ended Questions. Menariknya penguna juga boleh memasukkan suara dalam soalan. Selain itu, Quizziz juga boleh diberikan sebagai latihan kerja rumah kepada pelajar.
Pelajar memerlukan kod unik permainan dan mereka boleh menyelesaikan soalan itu pada bila-bila masa.Tugasan kerja rumah boleh ditetapkan tarikh akhir di mana pelajar tidak lagi boleh mencuba menjawab selepas tamat tarikhnya.
#QUIZIZZONLINEGAME #CARAQUIZIZZONLINEGAMEDALAMGOOGLEMEET #AYU

Video thumbnail

Thumbnail: QUIZIZZ ONLINE DALAM GOOGLE MEET

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: