Onde-Onde. Kuih Tradisional Mudah dan Sedap | iCookAsia

Kuih Onde-Onde buah melaka atau disebut sebagai buah melaka ini sesuai untuk dibuat sebagai pencuci mulut. Paling best bila gula melaka cair dalam mulut kita. Jom cuba resipi tradisional ini!

Bahan-bahan:
250 gm Tepung Pulut
3 sudu besar Tepung Gandum
100 ml Air daun pandan
Gula melaka (dipotong kecil)
1/2 biji kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Campurkan tepung pulut , tepung gandum, garam dan air pandan. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2. Selepas itu, ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. Kemudian, leperkan dan letakkan gula melaka di tengahnya. Dan bentukkan semula menjadi bulat.
3. Masukkan ke dalam air mendidih sehingga ia timbul di permukaan.
4. Angkat dan toskan seketika.
5. Setelah itu, gaul kan bersama kelapa parut. Kelapa parut boleh juga digaul dengan sedikit garam supaya rasanya lebih lemak.
6. Onde-onde sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#OndeOnde #KuihTradisional #Sedap

Video thumbnail

Thumbnail: Onde-Onde. Kuih Tradisional Mudah dan Sedap | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: