Resepi Ayam Pandan Thai | Thai Pandan Chicken Recipe | Seismik Makan

Resepi Ayam Pandan Thai simple dan super sedap boleh dibuat untuk lauk buka puasa nanti. Ngam betul makan dengan sepinggan nasi putih panas dan sup tom yam! 🤤

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

-----

RESEPI PENUH

Bahan-bahan:
- 500 gram fillet ayam (dipotong kiub)
- 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 sudu kecil akar daun ketumbar (dihiris nipis)
- 2 sudu kecil serbuk biji ketumbar
- 2 sudu kecil gula perang
- 2 sudu kecil lada putih
- 2 sudu kecil sos tiram
- 2 sudu kecil kicap cair
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Daun Pandan secukupnya
- Lidi kayu

Cara:
1. Dalam mangkuk, gabungkan ayam bersama bawang merah, halia, bawang putih, akar daun ketumbar, serbuk biji ketumbar, gula perang, lada putih, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Perap selama 30 minit.
2. Gulungkan ayam menggunakan daun pandan, dan cucuk gulungan dengan lidi kayu.
3. Stim ayam selama 10 minit ataupun sehingga separuh masak.
4. Goreng ayam sehingga bewarna keperangan.

-----

Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Ayam Pandan Thai | Thai Pandan Chicken Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: