Menengah Rendah (2022) - Klip | Pendidikan Kesihatan (Tingkatan 3): Pertolongan Cemas - Demonstrasi

Tajuk : Pendidikan Kesihatan (Tingkatan 3): Pertolongan Cemas
Guru : Mohamed Hakim Bin Mohamed Noor
Apabila berlakunya kecederaan tisu lembut, bahagian yang mengalami kecederaan akan berdarah secara dalaman dan mula membengkak. Keadaan bengkak ini akibat darah yang terkumpul dan hal ini akan mengurangkan aliran darah ke bahagian yang tercedera. Kecederaan seperti terseliuh, ketegangan dan fraktur mudah berlaku akibat kemalangan, terjatuh atau semasa melakukan aktiviti sukan. Apabila berlakunya kecederaan, maka akan berlaku pendarahan dalaman serta bengkak pada kawasan yang cedera, yang mungkin menyebabkan kecederaan yang serius. Rawatan untuk kecederaan tisu lembut ialah R.I.C.E. Rawatan R.I.C.E ialah singkatan bagi perkataan rest, ice, compression dan elevation.

#DidikTV #MenengahRendah

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Rendah (2022) - Klip | Pendidikan Kesihatan (Tingkatan 3): Pertolongan Cemas - Demonstrasi

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: