CARA GUNA PHOTOPEA DI ANDROID HP
- LinnZack
- 00:07:39
Photopea? Bagi yang baru mendengar nama tu mesti rasa asing sangat. Kalau sebut Adobe Photoshop, kebanyakkan orang tahu, perisian atau software yang digunakan untuk edit gambar, buat posters dan sebagainya kan. Photopea ni dia sama jugak, cuma dia bertindak sebagai online editor. Senang cerita dia ni klon kepada Photoshop. Dia mempunyai kebolehan yang sama seperti photoshop. Dari segi feature, user interface, function tools dan shortcut keys dia lebih kurang sama. Boleh dikatan 95% sama.
Boleh lah buat social media post yang simple guna Photopea ni. Cara nak design dia sama macam nak design dalam Photoshop. Paling best, dia dah siapkan template saiz ikut kategori social media, ads, screen, print, mobile dan sebagainya. Tinggal pilih ja nak buat untuk apa. Nak custom size pun boleh dan selepas itu, design ja macam biasa ikut kreativiti anda.
Photopea ni pun berfungsi sebagai online photo editor. Very funtional lah untuk siapa yang suka edit gambar. Sama macam photoshop kalau nak edit boleh pakai adjustment tool yang gambar cicle macam gerhana bulan kat hujung belah kanan. Nak adjust brightness, contrass, colour, saturation, vibrance semua boleh.
sumber: https://www.faradidi.com
Thumbnail: CARA GUNA PHOTOPEA DI ANDROID HP