Dapur Rasa Live Bersama Che Ila l Sotong Cili Padi Petai

SOTONG CILI PADI PETAI

BAHAN-BAHAN:
500g Sotong
5 Biji Bawang merah *
2 Ulas Bawang putih *
6-7 batang Cili api ikut tahap kepedasan yang digemari *
2 batang Serai diketuk
½ Paket Petai dibelah nipis. Jika petai papan boleh guna 3-4 papan ikut citarasa.
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukupnya


CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali kosong tanpa minyak. Kemudian masukkan sotong dan keringkan airnya sekejap dengan cara masak sebentar didalam kuali.Tak perlu lama, lebih kurang 1minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian tumiskan serai & bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan petai, dan kacau sebati.
4. Perasakan secukupnya dengan garam, gula & air asam jawa.
5. Masukkan air sotong hasil tapisan sotong yang separuh masak tadi.
6. Rasa dahulu masin manisnya, dah cukup boleh masukkan sotong.
7. Gaul dalam 2-3 minit, padamkan api & siap. Jangan masak lama, nanti sotong liat.

Selamat Mencuba


#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #chillje #rasacare #cheila #sotongcilipadipetai #sotong #sotongpetai

Video thumbnail

Thumbnail: Dapur Rasa Live Bersama Che Ila l Sotong Cili Padi Petai

Majalah Rasa

Senarai Video

Kongsi video ini ke: