Semperit Keju Susu | Minit Ekspress
- Majalah Rasa
- 00:00:58
Dah mula buat kuih raya ke? Selalunya kuih semperit merupakan antara kuih yang popular dan mudah untuk dibuat. Apa kata untuk raya kali ini, cuba buat Semperit Keju Susu. Cara nak buatnya ringkas sahaja dan yang paling penting, sedap. Rahsianya adalah dengan menggunakan Mentega ANCHOR, Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Perfect Italiano Parmesan Cheese Powder. Mentega Anchor diperbuat 100% susu daripada lembu yang diberi makan rumput segar di New Zealand menambah rasa dan keharuman biskut. Sebab tu, warnanya nampak natural kuning keemasan. Cantik semperit kita. Susu Tepung Fernleaf Full Cream pula adalah 100% susu dari New Zealand memberi lebih rasa dan lebih creamy. Perfect Italiano Parmesan Cheese Powder membuatkan biskut kita lebih rasa cheese dan yang pasti sedap. Barulah rasa keju dan susu semperit kita. Resipi yang wajib dicuba! Sedar-sedar dah habis biskut sebalang.
SEMPERIT KEJU SUSU
Bahan-bahan:
227gram Mentega ANCHOR (Salted)
380gram Tepung Jagung
130gram Gula Aising
100gram Perfect Italiano Parmesan Cheese Powder
3 susu makan Susu Tepung Penuh Krim FERNLEAF
3 sudu makan Tepung Kastard
3 sudu makan Tepung Beras
1 sudu teh Esen Vanilla
1 biji Kuning Telur
Coklat Chips – untuk hiasan
Cara membuatnya boleh lihat di video.
Jangan lupa sertai Peraduan Masak, Kongsi & Menang #LebihEnakLebihCeria Bersama Anchor setiap minggu dan menang hadiah wang tunai! RM300 untuk setiap pemenang. Dari 14 April sehingga 12 Mei 2021. Wah, meriahnya boleh dapat duit raya! Untuk sertai pastikan anda menonton video-video resipi untuk sahur, berbuka dan raya yang RASA kongsi setiap minggu. Siapa tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya.
@fonterra.my
@anchordairymy
#RasaMasakChallengexAnchor #LebihEnakLebihCeria #RasaMasakChallenge #DairyliciousMY #AnchordairyMY #AnchorbutterMY #PerfectitalianoMY #RayaAnchorMY #FernleafFullCream #FernleafMalaysia #MinitEkspress #SemperitKejuSusu
Thumbnail: Semperit Keju Susu | Minit Ekspress