Resepi Puding Karamel | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:21
Resepi puding karamel ini semestinya harus dicuba! Puding ini sangat enak dan lembut, sesuai dimakan bagi semua golongan usia. Boleh dihidang pada hari raya atau sebagai pencuci mulut dirumah.
Bahan-bahan untuk adunan puding
Telur (5 biji )
Susu segar (500ml )
Gula (80g )
Esen vanilla (1 sudu kecil)
Mentega untuk menyapu acuan (sedikit)
Bahan-bahan untuk gula karamel
Gula (90g)
Air (5 sudu besar )
Cara membuat
1. Mula-mula, sediakan gula caramel. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula tersebut cair dan bertukar perang.
2. Kemudian segera kecilkan api dan perlahan-lahan curahkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula karamel ini tidak terlebih hangus. Kacau rata sehingga gula tersebut hancur sebati dan segera tutupkan api
3. Seterusnya, sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel td ke dalam acuan. Ketepikan gula karamel ini dan sediakan adunan pudding
4. Panaskan susu segar bersama dengan gula diatas api kecil. Kacau sentiasa supaya gula mudah hancur dan susu tidak mendidih.
5. Langkah seterusnya, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan bersama esen vanilla.
6. Putar sebati bahan-bahan ini lebih kurang 10 saat sahaja supaya adunan tidak mengembang.
7. Setelah itu curahkan adunan susu panas tadi dan kacau perlahan sehingga susu dan telur bercampur sebati.
8. Akhir sekali, perlahan-lahan curahkan ke dalam acuan dan kemudian kukus lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, perlahan-lahan buka tutup pengukus. Angkat dan sejukkan seketika pada suhu bilik.
9. Bagi mengeluarkan puding dari acuan, pisahkan bahagian tepinya menggunakan pisau. Kemudian tutup dengan pinggang bulat rata dan terbalikkan puding tersebut ke atas pinggan dengan pantas. Perlahan-lahan buka acuan tersebut.
10. Sejukkan dahulu puding ini di dalam peti ais sebelum dihidang. Selamat mencuba..
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
#pudding #caramel #pudingkaramel
Thumbnail: Resepi Puding Karamel | iCookAsia