Resepi Daging Dendeng | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Daging Dendeng di: http://www.icookasia.com/daging-dendeng/

Bahan-bahan (3 orang)

Bahan-bahanyang diperlukan utk Daging

1 kg daging lembu
3 cawan minyak (untuk menggoreng daging hingga garing)
1 biji bawang putih (di goreng bersama sedikit minyak)
5 inci halia (dihiris nipis)

Bahan utk sambal sos pula

1 ½ Cawan minyak (utk menggoreng)
400 gm Cili Merah (di sapu dengan ½ cawan minyak,dibakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit kemudian dibelah dua)
200 gm halia (ditumbuk lumat)
3 biji Bawang besar (dikisar halus)
12 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)

Cara membuat

1. Mula-mula rebus daging bersama halia dan bawang putih selama ½ jam atau hingga masak.

2. Kemudian hiris daging nipis-nipis, dan jemur selama 2 jam.

3. Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu.

4. Seterusnya panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia selama 1 minit.

5. Selepas itu masukkan cili merah dan kacau atas api sederhana selama 8 minit. Masukkan gula dan garam secukup rasa, kacau lagi sehingga pekat lebih kurang 3 minit

6. Setelah itu tutup api, masukkan daging yang telah digoreng tadi, dan gaul sebati.

7. Daging dendeng telah pun siap utk dihidang.

8. Jika mahukan lebih pedas, tambah 10 biji cili padi yang ditumbuk halus semasa proses memasak. Dan tidak perlu menambah serbuk lada putih. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Daging Dendeng | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: