Kailan Ikan Masin | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:01:32
Sajian kailan ikan masin ini sangat digemari di kedai-kedai tomyam. Anda kini boleh cubanya dan nikmatinya bersama seisi keluarga!
Dapatkan resepi penuh Kailan Ikan Masin di: http://www.icookasia.com/kailan-ikan-masin/
Bahan-bahan
Sayur kailan
3 sudu besar Air
1 keping Ikan tenggiri masin
1 biji Bawang besar-dimayang bulat
1 inci Halia – dihiris
2 ulas Bawang putih – dimayang
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Sos ikan
1/2 sudu besar Air limau nipis
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil Lada sulah
Cara-cara
1. Mula-mula, panaskan minyak.Tumis ikan masin tenggiri sehingga naik bau
2. Kemudian tumis bawang putih,bawang besar dan halia.Masukkan sos tiram.
3. Selepas itu, masukkan sayur dan sos ikan kacau rata.
4. Akhir sekali, Masukkan air dan biarkan seketika.
5. Setelah itu, letakkan masakan di dalam pinggan dan tabor sedikit lada sula dan perahan air limau nipis. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Kailan Ikan Masin | Try Masak | iCookAsia