Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Tiga Keadaan Jirim
- Ong Hui Fern
- 00:08:02
Rakaman ini membincangkan Sains T1, Bab 5 : Jirim 5.2 : Tiga keadaan jirim dengan menggunakan Bahasa Melayu (disertakan Bahasa Cina). Video ini membincangkan Teori Kinetik Jirim dan perbandingan sifat-sifat antara tiga keadaan jirim. Daripada pengalaman mengajar, murid-murid sering keliru antara "mengetar", "bebas bergerak" dan "bebas bergerak secara rawak", maka tiga video pendek yang menunjukkan pergerakan zarah pepejal, cecair dan gas turut dimasukkan dalam video ini untuk membantu para murid menguasai perbezaan pergerakan zarah di samping memahami maksud "ruang antara zarah". Sifat kebolehmampatan ditunjukkan dengan picagari serta keadaan jirim ke-4 turut ada di penghujung video ini.
Diharap dapat membantu guru dan murid untuk PdPr yang bermula selepas Hari Raya tahun 2021 ataupun untuk ulangkaji bagi murid-murid tingkatan 2 dan 3. Video Cikgu Ong ada tulisan Bahasa Cina untuk membantu murid-murid yang lemah Bahasa Melayu. Diharap penonton video dapat terima. Terima kasih.
Terima kasih berkunjung ke channel saya. Like, share dan subscribe sebagai sokongan kepada saya untuk terus berkongsi video PdPc.
#sainsting1 #bab5 #jirim #5.2:TigaKeadaanJirim
Thumbnail: Sains T1 | Bab 5 | 5.2 Tiga Keadaan Jirim