Sains Tahun 4 : Tumbuhan Bertindakbalas Terhadap Rangsangan

Soalan Uji Minda : https://forms.gle/eZgBo1uuJFYcZjqY7

Sains Tahun 4 : Tumbuhan Bertindakbalas Terhadap Rangsangan

TEMA : SAINS HAYAT
Tajuk : 4.0 Tumbuhan
4.1 Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Rangsangan

4.1.1 Menyatakan tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
4.1.2 Menghubung kait bahagian tumbuhan yang bergerak balas dengan jenis rangsangan.
4.1.3 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan.

Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas
terhadap rangsangan, iaitu air, graviti, cahaya dan sentuhan.

Akar
Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas
dan tumbuh ke arah air dan tarikan graviti.

Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah Bumi.

Pucuk
Bahagian tumbuh-tumbuhan
yang bergerak balas dan
tumbuh ke arah cahaya.

Daun
Pucuk
Bahagian tumbuh-tumbuhan
yang bergerak balas dan
tumbuh ke arah cahaya.
Bahagian pada sesetengah
tumbuh-tumbuhan yang bergerak
balas terhadap sentuhan.

Daun sesetengah
tumbuh-tumbuhan
seperti pokok
semalu dan pokok
perangkap lalat
Venus akan tertutup
atau menguncup
apabila disentuh.

1. Tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan, iaitu air,
graviti, cahaya dan sentuhan.
2. Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap
rangsangan adalah seperti yang berikut:
(a) akar bergerak balas terhadap air.
(b) akar bergerak balas terhadap graviti.
(c) pucuk bergerak balas terhadap cahaya.
(d) daun sesetengah tumbuh-tumbuhan bergerak balas
terhadap sentuhan

#sains #sainstahun4 #tumbuhan #kssr #pdpr #akhyararzmi #akademiyoutuber #cikgootube

Video thumbnail

Thumbnail: Sains Tahun 4 : Tumbuhan Bertindakbalas Terhadap Rangsangan

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: