Roti Naan | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:06
Dapatkan resepi penuh Roti Naan di: http://www.icookasia.com/roti-naan/
Bahan-bahan
340gm Tepung Gandum
½ camca kecil garam
190gm air suam
1 camca kecil gula
1 camca kecil yis segera
¾ cawan yoghurt
2 ½ camca besar minyak jagung
Cara-cara
1. Campurkan air , yis dan gula , kacau perlahan, biarkan selama 30 minit.
2. Setelah itu, masukkan ke dalam tepung, masukkan garam, yogurt dan minyak. Uli sehingga menjadi doh yang lembut sedikit basah tetapi tidak terlalu melekit. (jika terlalu melekit, tambahkan sedikit tepung) . Selepas itu, rehatkan doh selama 2 jam didalam bekas yang bertutup.
3. Setelah dua jam , keluarkan doh dan tumbuk doh bagi mengeluarkan angin dan gas yis yang akan menyebabkan roti menjadi keras.
4. Bahagikan doh kepada 6 bahagian , bulatkan dan leperkan doh, dn sedia utk dibakar. Bakar pada suhu 220 C, atas tray yang disapukan sedikit marjerin, dibalik-balikan setiap 3 minit selama 7-9 minit.
5. Setelah masak, sapukan sedikit marjerin dan ia sedia utk dimakan bersama kari atau Tandoori.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Roti Naan | Try Masak | iCookAsia