Resepi Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang | Try Masak | iCookAsia

Ayam goreng kunyit memang enak dimakan bersama kacang panjang. Bagi yang ingin mencuba, anda boleh hidangkan ia dengan nasi putih sahaja kerana ianya lengkap dengan nutrisi protein dan sayuran. Jangan lupa untuk mencuba nya!

Dapatkan resipi penuh Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang di: http://www.icookasia.com/ayam-goreng-kunyit-kacang-panjang/

Bahan-bahan:

200 gram ayam,
5 batang kacang panjang dipotong,
1 ulas bawang putih,
1 labu bawang besar dipotong bulat,
1 biji cili merah dan cili hijau dihiris nipis,
sedikit serbuk kunyit,
sedikit garam,
dan minyak untuk menggoreng.

Cara membuat

1. Cara-caranya, gaul sebati ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian, perap seketika.

2. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Balik-balikkan sehingga garing dan angkat.

3. Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk hingga naik bau, diikuti dengan bawang besar.

4. Apabila bawang sudah layu, masukkan kacang panjang dan kacau juga hingga layu. Jika masakan terlalu kering, masukkan sedikit air.

5. Setelah air kering dan kacang panjang benar-benar layu, masukkan cili. Kacau seketika dan masukkan ayam. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Ayam Goreng Kunyit Kacang Panjang | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: