Kuih Serabai | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kuih Serabai di: http://www.icookasia.com/kuih-serabai/

Bahan yang diperlukan:

2 cawan tepung beras.
1/2 cawan nasi sejuk.
1/2 cawan santan pekat.
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula.
1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan untuk kuahnya

1 cawan gula merah
1 cawan santan.
1/2 cawan air.
2 biji telur.
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan

Cara membuat

1. Mula-mula letakkan ½ cawan air suam ke dalam mangkuk bersama yis dan gula. Kacau rata dan biarkan selama 10 minit.

2. Sementara itu masukkan nasi ke dalam mesin pengisar bersama 1 cawan air suam, garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.

3. Setelah itu, campurkan yis bersama bahan kisar tadi. Kacau rata dan perap selama lebih kurang 2 jam, jangan terlalu lama, dikhuatiri adunan akan menjadi masam.

4. Untuk menyediakan kuahnya: satukan santan bersama tepung jagung, kacau rata dan ketepikan dahulu

5. Masukkan gula merah, air dan telur ke dalam mangkuk. Pukul rata dan masukkan bancuhan ke dalam kuali bersama bancuhan santan dan tepung jagung tadi. Kacau rata menggunakan api yang sederhana, setelah mendidih, masukkan santan dan daun pandan. Masak hingga berubah warna coklat keemasan. Tambah sedikit air jika terlalu pekat

6. Sekiranya adunan berketul, tapiskan dan masak sekali lagi sehingga teksturnya tidak lagi berketul

7. Setelah 2 jam, panaskan kuali, leserkan sedikit minyak menggunakan daun pandan dan letakkan sedikit adunan tepung kuih serabai, setelah bahagian bawah masak, terbalikkan supaya masak kedua-dua belah bahagian

8. Kuih serabai sedia untuk dihidang bersama kuahnya. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuih Serabai | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: