Tepung Gomak | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:37
Dapatkan resepi penuh Tepung Gomak di: http://www.icookasia.com/tepung-gomak/
Bahan-bahan
8 sudu besar tepung pulut
150 gm kacang hijau yang disangan
5 ml air kapur
200 ml air
Garam secukup rasa
Bahan untuk inti pula:
1 biji kelapa parut
150 gm gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
200 ml air
Cara-cara
1. Mula-mula kisar kacang hijau di dalam mesin pengisar sehingga lumat, ketepikan dahulu
2. Kemudian masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk bersama air kapur, air dan garam secukup rasa. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan dahulu
3. Untuk membuat intinya, masukkan sedikit air ke dalam kuali bersama kelapa parut, gula
melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Didihkan sehingga gula cair sambil dikacau selalu.
4. Kacau sehingga inti menjadi kering dan melekit. Angkat dan sejukkan sebentar.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tepung pulut tadi dan bentukkan menjadi bulat, kemudian leperkan dan letakkan inti kelapa di dalamnya. Bulatkan kembali dan tekan sedikit menjadi leper.
6. Masukkan ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga adunan timbul. Sementara itu, tapis tepung kacang hijau yang telah dikisar tadi.
7. Setelah kuih timbul, angkat dan toskan airnya.
8. Akhir sekali, golekkan ke atas tepung kacang sehingga rata. Buat sehingga semua adunan habis.
8.Kuih tepung gomak sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Tepung Gomak | Try Masak | iCookAsia